Friday 8 December 2017

Sah...! Dengan Sekali Lafaz Abam Bocey Sah Bergelar Suami, Cantiknya Isteri Abam...!!!

Tahniah Abam Bocey & Isteri Selamat Bergelar Suami Isteri Yg Sah Sebentar Tadi . Semoga Berbahagia hingga ke Jannah.

Sebelum itu, Berita Harian Melaporkan,

Abam akhirnya membuat pengakuan dan mengumumkan bahawa bakal mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi.

Tarikh yang dipilih ialah 8 Disember, ya betul, bulan Disember depan, tidak sampai sebulan lagi.Memang pandai Abam menyimpan rahsia dan menyembunyikan hubungannya dengan gadis pilihan yang dikatakan berasal dari Sabak Bernam Selangor ini.

Dari laporan BHarian, Abam Bocey sebelum ini pernah putus dengan gadis tersebut.

Katanya punca putus adalah ekoran kesibukan Abam yang sedang berada di puncak kariernya sebagai pelawak.

Namun, kalau dah jodoh tak ke mana, akhirnya hubungan mereka kembali bertaut, malah mereka akhirnya merancang untuk disatukan dengan ikatan yang sah.

Tentang majlis, menrusi laporan BHarian,majlis pernikahan akan diadakan pada 8 Disember di rumah pengantin perempuan di Sabak Bernam.

Selepas itu, majlis resepsi antara Abam dan pengantin perempuan akan diadakan pada keesokan harinya (9 Disember).

Kemudiannya, majlis menyambut menantu sebelah Abam pula akan diadakan pada bulan januari tahun depan di Gombak.

Abam memang pernah merancangan untuk akhiri zaman bujang sebelum berumur 30 tahun, dan akhirnya ianya akan tercapai bulan depan.

Ini keratan akhbar laporan Abam bakal bernikah:




Dalam pada itu, Abam menyatakan bahawa dia akan membawa ibunya dan bakal isteri tinggal bersama.

Ini komen Abam:

“Saya kumpul harta dulu sebelum kahwin. Kemudian saya akan bawa ibu dan bakal isteri tinggal ke rumah tersebut. Siapa lagi kalau nak harapkan untuk bahagiakan ibu selain anak sendiri”

Memang seorang anak yang baik Abam ini.

Apapun, tahniah diucapkan kepada Abam yang bakal bernikah pada bulan depan. Memang tak sabar nak lihat Abam naik pelamin.

Sehingga kini, masih belum ada gambar bakal isteri Abam ini. Dengar kata orang yang pernah lihat, cantik orangnya..Tunggu!

Akhirnya Abam Bocey Bakal Tamatkan Zaman Bujang Dengan Gadis Sabah Ini….Cantiknya,,Bertuah Abam..

Pelawak popular yang menggunakan tagline ‘Gemuk Is Awesome’ iaitu Abam Bocey dah lama membujang.. Disebabkan faktor bentuk fizikalnya yang agak besar, Abam sudah beberapa kali dikecewakan apabila melibatkan kisah cinta.. Ada yang bercinta sebab nak main-mainkan perasaanya..

Sudah mula popular dalam industri hiburan, banyak wanita yang cuba dekati Abam.. Niat sebenar wanita-wanita mula nak dekati Abam tak tahu la.. Mungkin sebab duit la kot, jadi artis memang poket tebal.. Setiap kali dapat tawaran memang pelawak akan dapat jumlah wang yang banyak..

Tahun lalu Abam maklumkan dia sedang mengenali hati budi seorang gadis yang berasal dari Sabah, gadis itu turut disenangi oleh keluarganya.. Nama dah wajah gadis itu tak didedahkan oleh Abam, tapi Abam akui selesa berkawan dengan gadis itu..

Sudah hampir setahun mengenali gadis Sabah itu, Abam ditanya tentang hasrat untuk mendirikan rumahtangga.. Dah kenal lama takkan tak ada keinginan nak bawa hubungan itu ke fasa yang lebih serius, ye dok? Abam maklum dah mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam tempoh yang terdekat dengan gadis Sabah itu..

Sama ada dalam tahun ini atau tahun depan tidak didedahkan.. Abam akan berkahwin selepas bawa ibunya menunaikan umrah.. Kalau tengok Abam dah bawa ibunya tunaikan umrah tunggu jelah Abam umumkan tarikh kahwin dah tak lama lagi la tu Abam akan kahwin..hehehe

Gambar Nikah Abam & Isteri

Sumber : Ig Abam Bocik / Ig Mstar / Berita Harian


Thursday 7 December 2017

‘JANTAN DAYUS , TAK RETI AJAR ISTERI’ – TAMPIL SEKSI DI TAYANGAN AYAT-AYAT CINTA 2, FATTZURA TERUK DIKECAM NETIZEN...!!!



Baru-baru ini Fazura telah terbang ke Indonesia untuk mempromosikan filem terbaru lakonannya iaitu Ayat-Ayat Cinta 2. Filem romantis ini bakal ditayangkan di Indonesia pada 21 December manakala di Malaysia, Brunei dan Singapore pada Januari tahun hadapan. Tak sabar rasanya nak lihat lakonan mantap gandingan pelakon tersohor Indonesia & Malaysia ini kan?

Sebagai seorang suami, Fattah Amin nampaknya turut hadir memeriahkan majlis. Wah bukan main sweet lagi pasangan pengantin baru ini. Namun apa yang menjadi perhatian netizen adalah pakaian Fazura yang dikatakan kurang sesuai dan seksi.

Sweetnya pengantin baru!









Pada malam Gala Premiere Ayat-Ayat Cinta 2, Fazura telah tampil cantik berbusana hitam paras lutut. Mungkin kerana bahagian kaki yang terdedah sehingga menampakkan lutut, netizen bertindak mengecam Fazura. Fattah Amin turut menerima tempias dimana netizen mendakwa dia seorang suami yang dayus.
Dikecam netizen






Di ruangan komen pasangan ini dihujani pelbagai kritikan, namun ada juga yang menasihati netizen supaya tidak terlalu awal menghukum. Doakan yang terbaik buat pasangan ini, mana tahu esok lusa Fazura berhijab kan.

SUMBER